mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR (MAHIR MASAK) NADI BERTAM SEPARUH PERTAMA 2025 

Peserta merupakan seorang suri rumah dan peniaga dalam talian secara dropship yang turut menjual dan menerima tempahan aneka cookies serta dessert untuk pelbagai majlis, di samping mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan dan berkarya melalui masakan. Beliau merupakan ahli berdaftar NADI Bertam sejak 2024 dan mengikuti program Mahir Masak Intake 1 dari Disember 2024 hingga April 2025. Sebelum penglibatan dalam NADI, beliau tidak mempunyai idea untuk mengeluarkan produk sendiri, kurang pengetahuan tentang asas keusahawanan seperti pengurusan modal, strategi pemasaran, perancangan perniagaan dan pembangunan jenama, selain tidak terdedah kepada trend pasaran serta teknologi terkini. Namun selepas mengikuti program NADI serta penggunaan ICT, beliau mula mendapat idea menghasilkan produk sendiri, berhubung dengan usahawan lain, berkongsi idea, menerima sokongan moral dan bimbingan mentor, selain mempelajari teknik pemasaran moden seperti content marketing, influencer marketing dan penggunaan data pelanggan, yang seterusnya meningkatkan keyakinannya membuat keputusan perniagaan. Melalui NADI, beliau juga mempelajari kemahiran menggunakan internet, mengira untung rugi, mencipta stiker produk melalui Canva dan menghasilkan video pendek untuk mempromosikan produk. Selain itu, NADI turut membantu mempromosikan produk secara dalam talian, memberi bimbingan untuk menyertai pertandingan dan memberi tunjuk ajar dalam mempelbagaikan produk mengikut perkembangan teknologi masa kini.