mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR (DILEA) NADI BERTAM SEPARUH KEDUA 2025


Alia Husna Binti Aliyasok, anak sulung daripada empat beradik, merupakan ahli NADI Bertam sejak 2014 dan peserta DiLEA bermula Tingkatan 4 pada 2025. Sebelum penglibatan dengan NADI dan ICT, beliau banyak menghabiskan masa di media sosial, pemalu, kurang berkomunikasi, dan prestasi pembelajaran kurang memuaskan. Selepas mengikuti program, Alia Husna menunjukkan peningkatan prestasi subjek teras, keyakinan diri yang lebih tinggi, serta kemahiran membuat nota ringkas dan menjawab soalan. Beliau turut aktif bertanya dan berkomunikasi dalam kelas. Melalui NADI, beliau mempelajari empat subjek utama secara atas talian, menghadiri webinar motivasi, berbincang dan membuat tugasan bersama rakan DiLEA, serta mengikuti Kelas English Proficiency setiap bulan. NADI membantu beliau dengan kelas percuma, tempat belajar selesa, nota dan tugasan disediakan, serta jadual fleksibel yang tidak mengganggu kelas harian, sekali gus meningkatkan kemahiran ICT dan pembelajaran secara berkesan.