Kewujudan sekolah ini adalah di atas kesedaran beberapa orang berpengaruh dari Kampung Bertam, iaitu Tuk Penghulu Abu Bakar B. Ahmad, Penggawa Mohd Husain B. Ahmad dan Iman Haji Omar B. Salim. Hasil sokongan dan kerjasama dari penduduk kampung, maka terdirilah sebuah bangunan sekolah pada tahun 1938. Pihak Jabatan Pendidikan telah menghantar dua orang guru untuk mengajar di sekolah tersebut yang di beri nama Sekolah Melayu Bertam. Panjang bangunan ini ialah 60 kaki dan lebarnya 20 kaki. Di samping itu juga sebuah rumah guru dibina bagi kemudahan guru untuk tinggal di sini. Selain itu, dengan kerjasama guru dan masyarakat kampung, aktiviti gotong-royong bagi mengadakan padang bola dan kawasan bercucuk tanam.Pada awal pembinaan, sekolah ini di perbuat daripada kayu yang bulat dan hanya beratapkan daun bertam. Walau bagaimanapun bangunan yang ada pada hari ini setaraf dengan bangunan yang ada di bandar-bandar, iaitu bangunan batu dua tingkat serta keluasan tanahnya adalah lebih empat ekar. Perkembangan sekolah ini disebabkan pertambahan murid-murid dari semasa ke semasa. Perkembangan murid-murid sangat menggalakkan dari setahun ke setahun, hingga mencapai jumlah 330 orang pada tahun 1983, di mana 22 orang daripadanya murid-murid orang asli. Pada masa itu, kelengkapan pelajaran sangat tidak memuaskan terutamanya buku-buku tulis. Di atas gerak sedar yang dijalankan oleh guru-guru, perkara-perkara tersebut dapat diatasi kerana ibu bapa mula sedar akan kepentingan pelajaran terhadap anak-anak mereka.Dalam zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini ditutup sehinggalah pada tahun 1948. Setelah pemerintahan Inggeris bermula kembali, maka sekolah ini di buka pada tahun 1950, dengan ini pihak kerajaan telah menghantar beberapa orang guru dan dibantu seorang Guru Besar sebagai Pentadbir Sekolah.Pada asalnya nama sekolah ini ialah SEKOLAH MELAYU BERTAM. Namun demikian selepas zaman pemerintahan Jepun, nama sekolah ini telah ditukar kepada SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM, iaitu setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Nama sekolah ini dipilih berdasarkan kepada nama Kampung Bertam, di mana ianya berasal dari pohon yang dinamakan pohon bertam yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan ini.Di dalam sekitar 60-an, maka sekolah ini menggunakan nama SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM dan digunakan sehinggalah ke hari ini.
(Sumber: http://skbertamguamusang.blogspot.my/)
