mcmc
Maklumat Setempat

ATM Siap Sedia Hadapi Banjir

 

*Ringkasan

 31 Disember 2015 (Khamis)

Oleh kerana penghujung tahun 2014 telah menjadi memori hitam bagi penduduk di Kg. Bertam Baru kerana telah menghadapi kejadian banjir yang amat teruk sehingga hampir seluruh kampung telah di tenggelami oleh air banjir di mana hampir 90% penduduk di kampung ini telah kehilangan tempat tinggal akibat kesan air bah tersebut, kampung ini telah mendapat kunjungan dari pihak Anggota Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Semur, Gua Musang. ATM dari Kem Semur ini di wakili oleh Kapten Ruslan, Kapten Ismail dan beberapa orang lagi telah datang ke Kg. Bertam Baru untuk melihat tahap kenaikan air sungai nenggiri dan meninjau kawasan-kawasan yang pernah di tengelami air bah pada kejadian yang lalu sebagai persediaan mereka untuk menghadapi banjir jika kejadian penghujung tahun 2014 berulang kembali. Selain Kg. Bertam Baru, wakil ATM ini juga turut ke Kg. Kampung Limau bagi tujuan yang sama dan mereka ini telah di bantu oleh bekas ATM, En. Ridzwan yang tinggal di Kg. Bertam Baru

(Sumber:https://www.facebook.com/ridzwan.wahab.98)

 

 

.