mcmc
Maklumat Setempat

Gaya Hidup Sihat bersama KEMAS

 

*Ringkasan

28 April 2016 (Khamis)

Program Gaya Hidup Sihat yang dianjurkan oleh KEMAS telah diadakan di Tabika Kemas Sri Seroja, Kg. Bertam Baru bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Program ini telah mendapat sambutan lebih daripada komuniti Kg. Bertam Baru dan juga komuniti dari kampung berdekatan. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang cara pemakanan yang seimbang bagi mengelak daripada di jangkiti penyakit yang tidak diingini. Cara pengambilan makanan yang sihat di samping mendapatkan rezeki yang halal juga di tekankan dalam program ini. Selain daripada KEMAS, program ini juga mendapat kerjasama daripada Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Felda Chiku 3 dan pakar pemakanan KEMAS Cawangan Gua Musang.