JAMBATAN SUNGAI NENGGIRI

Kemudahan Asas | 28 November 2025

NEWBIE PILOT. “Jambatan Baru Bertam Lama dan Bertam Baru, Gua Musang.” YouTube video, March 17, 2022.

Jambatan konkrit dua lorong bernilai RM30 juta  dibina di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan.
Jambatan ini siap dibina pada 20 Disember 2021. Jambatan menghubungkan penduduk di Kampung Bertam Baru dan Bertam Lama.Jambatan ini memberikan faedah kepada penduduk seperti di Jeram Tekoh, Limau Kasturi, Sungai Asap, Renok Baru yang ingin ke Jeli.Jambatan tersebut memberi manfaat bukan sahaja kepada mereka yang tinggal di Bertam Baru, tetapi juga kampung berhampiran  seperti Bertam Lama, Sri Mahligai, Sri Jaya dan Kemubu.Penduduk meluahkan rasa syukur ke atas inisiatif kerajaan yang memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan memendekkan masa perjalanan mereka.