mcmc
Kemudahan Awam

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI) BERTAM

National Information Dissemination Centre NADI atau lebih dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional adalah satu inisiatif penting yang dilaksanakan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Matlamat utama NADI adalah untuk membawa pelbagai perkhidmatan dan maklumat yang berguna kepada komuniti setempat, terutamanya di kawasan luar bandar .Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut dengan menyediakan akses yang lebih mudah kepada pelbagai perkhidmatan penting yang dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian.NADI menawarkan pelbagai perkhidmatan pintar yang merangkumi lima teras utama untuk memberi manfaat kepada komuniti. Teras-teras ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat dan memastikan setiap komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar, dapat merasai manfaat daripada program ini. Lima teras utama Perkhidmatan NADI iaitu Keusahawanan.NADI memberi sokongan kepada usahawan tempatan, dengan menyediakan platform untuk memasarkan produk mereka serta memberi latihan keusahawanan untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan usahawan dalam memajukan perniagaan mereka.Pembelajaran Sepanjang Hayat menyediakan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat. Ini termasuk kursus atau seminar mengenai kemahiran tertentu, kursus dalam talian, dan juga program latihan untuk meningkatkan literasi digital.Ketiga, Kesejahteraan Kendiri salah satu perkhidmatan penting yang ditawarkan oleh NADI adalah saringan kesihatan asas. Program ini bertujuan untuk mendukung kesejahteraan fizikal masyarakat, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan mungkin tidak mempunyai akses yang mudah kepada kemudahan kesihatan. Dengan pemeriksaan kesihatan secara berkala, individu dapat mengenal pasti masalah kesihatan lebih awal dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu. Kesedaran NADI juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelbagai isu penting yang mempengaruhi kehidupan mereka. Melalui kesedaran ini, masyarakat di luar bandar dapat lebih peka terhadap isu-isu semasa dan memahami hak serta peluang yang mereka ada.Perkhidmatan pintar seterusnya ialah Inisiatif Kerajaan.NADI bertindak sebagai saluran penyebaran maklumat mengenai inisiatif kerajaan yang relevan dengan komuniti setempat. Program atau dasar kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat, seperti bantuan kewangan, program latihan, dan insentif kerajaan, lebih mudah disampaikan kepada komuniti sasaran melalui platform ini.