Muhammad Danish Hakim bin Shamsu Zairi merupakan anak pertama daripada dua beradik dan telah menjadi ahli NADI Bertam sejak tahun 2017 serta mengikuti program DiLEA dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Sebelum penglibatan aktif dalam NADI dan penggunaan ICT, peserta banyak menghabiskan masa dengan permainan video dan media sosial, kurang membuat ulang kaji, pemalu, tidak berkomunikasi dan memiliki prestasi pembelajaran yang kurang memuaskan. Namun, selepas mengikuti kelas NADI, peserta menunjukkan peningkatan ketara dalam subjek teras, lebih yakin diri, belajar teknik baharu seperti cara membuat nota ringkas dan menjawab soalan, semakin aktif bertanya dalam kelas, serta mengurangkan masa bermain game. Melalui NADI, peserta belajar secara atas talian empat subjek utama setiap bulan, membuat ulang kaji bagi persediaan SPM, mengikuti webinar motivasi, berbincang dalam tugasan berkumpulan dengan bimbingan tenaga pengajar profesional dan mempelajari teknik pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping itu, NADI turut membantu meningkatkan kemahiran ICT peserta melalui kelas dalam talian percuma, kemudahan tempat belajar yang selesa dan penyediaan nota serta tugasan yang tersusun bagi setiap sesi pembelajaran.
Kisah Kejayaan
27 November 2025