mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR (MAHIR MASAK) NADI BERTAM SEPARUH KEDUA 2025 


Nor Sahira binti Mohd Rusan merupakan seorang usahawan kecil yang menjalankan perniagaan aneka kek dan dessert untuk pelbagai majlis, bermula dengan dropship dan membantu ibunya menjual masakan panas sebelum memilih menjadi suri rumah dan memulakan perniagaan sendiri dari rumah. Selepas mengikuti kursus serta kelas keusahawanan dan seterusnya menyertai program Mahir Masak di NADI Bertam, perniagaannya semakin berkembang dengan pelbagai pilihan kek dan dessert. Sebelum penglibatan dengan ICT dan NADI, beliau berniaga secara offline serta kurang pengetahuan dalam pengurusan modal, strategi pemasaran, perancangan perniagaan dan pembangunan jenama. Melalui penglibatan di NADI, Sahira mula yakin mengeluarkan produk sendiri, mendapat sokongan komuniti usahawan serta bimbingan mentor, mempelajari teknik pemasaran digital seperti content marketing dan influencer marketing, serta lebih berkeyakinan dalam membuat keputusan berkaitan harga, pembekal dan bajet. Beliau juga mempelajari kemahiran ICT seperti menggunakan internet, mengira untung rugi, menghasilkan stiker produk melalui Canva, dan mencipta video pendek bagi memperkenalkan produk. NADI turut membantu mempromosikan produknya secara atas talian, membimbing penyertaan pertandingan keusahawanan, serta memberi tunjuk ajar dalam mempelbagaikan produk mengikut perkembangan teknologi semasa. Kini, Sahira memasarkan produknya melalui platform seperti TikTok (SheiyraRusan), Facebook (Sheiyra Rusan (Eira)) dan WhatsApp.