mcmc
Maklumat Setempat

Komuniti Kg. Bertam Baru menyambut Maulidur Rasul

 

*Ringkasan

01 Januari 2016 (Jumaat)

Tahun baru 2016 di sambut dengan majlis sambutan Maulidur Rasul oleh komuniti Kg. Bertam Baru. Sambutan ini berlangsung di Masjid Mukim Bertam Baru selepas solat Jumaat. Majlis ini di selitkan dengan ceramah agama dari ustaz yang di jemput khas. Dengan adanya majlis sambutan seperti ini, ia dapat mendekatkan lagi komuniti setempat dan kawasan berhampiran untuk bersama-sama bergotong-royong dalam menyempurnakan lagi majlis ilmu yang amat bermanfaat untuk mereka. Majlis gotong-royong oleh kaum wanita untuk menyediakan juadah dan kerja membersihkan kawasan masjid oleh golongan belia dan kaum lelaki telah membantu majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut berjalan dengan lancar. Semoga majlis tersebut di berkati oleh Allah S.W.T dan membentuk satu silaturrahim yang utuh antara komuniti Kg. Bertam Baru.