LAPORAN KELAS E-SUKAN : KESELAMATAN AKAUN & DATA PEMAIN E-SUKAN
| Tarikh | 15 mEI 2026 |
| Masa | 03.00 Petang – 04.30 petang |
| Tempat | NADI Bertam |
| Peserta | Sek.Rendah |
Tujuan
Webinar Keselamatan Akaun Dan Data Pemain E-Sukan
Aktiviti
Kelas Kesedaran E-Sukan: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 & 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐈𝐍 𝐄-𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menjaga keselamatan akaun permainan dan data peribadi dalam dunia e-sukan. Peserta akan mempelajari cara melindungi akaun daripada ancaman seperti penggodaman, phishing, scam topup murah, akaun palsu dan pautan berbahaya yang sering berlaku dalam komuniti e-sukan. Selain itu, kelas ini turut menerangkan kepentingan menggunakan password yang kuat dengan gabungan huruf, nombor dan simbol, penggunaan pengesahan dua faktor (2FA), serta langkah keselamatan asas untuk mengelakkan kebocoran data. Peserta juga akan didedahkan dengan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya akaun digodam seperti menukar kata laluan dengan segera, membuat laporan kepada pihak rasmi permainan, dan memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan. Melalui kelas ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan menjadi pemain e-sukan yang lebih bijak, bertanggungjawab dan selamat di platform digital.