LAPORAN PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT
| Tarikh | 05 April 2026 |
| Masa | 08.00 Pagi – 12.00 pagi |
| Tempat | NADI Bertam |
| Peserta | Sek.Rendah |
Tujuan
Kempen Internet Selamat.
Aktiviti
MCMC Negeri Kelantan dengan kerjasama NADI Kluster Gua Musang telah berjaya menganjurkan Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah dan mengenai kepentingan menggunakan internet secara bijak, beretika dan selamat.
Objektif Program (Murid Tahap 2)
Program ini bertujuan membina asas kefahaman tentang penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab. Antara objektif khususnya ialah:
Memberi kefahaman tentang had umur minimum (13 tahun) bagi penggunaan media sosial.
Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak.
Membimbing murid mengenal pasti aktiviti alternatif dalam talian yang bermanfaat dan sesuai dengan usia mereka.
Memupuk tabiat digital yang sihat serta kesedaran asas keselamatan dalam persekitaran digital.
Bilangan sekolah: 9
Bilangan murid: 107
Bilangan guru: 27
Ikon K-DAT Sekolah:
* Ikon K-DAT (Guru)-9 orang guru
* Ikon K-DAT (Pelajar)-9 orang pelajar
Modul yang Digunakan:
*Modul Ringkas Murid Sekolah Rendah (10-12 Tahun).
6 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
Aktiviti:
Modul Ringkas Tahap 2 terbahagi kepada 3 pelajaran seperti berikut :
* Pelajaran 1: Had umur 13 tahun di platform media
* Pelajaran 2: Bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
* Pelajaran 3: Aktiviti alternatif dalam talian yang lebih selamat
Hasil Program:
Program ini berjaya mencapai matlamatnya dengan menyedarkan mereka tentang had umur yang sesuai untuk media sosial serta risiko penggunaan tanpa pemantauan serta membantu murid memahami kepentingan penggunaan internet secara berhemah. Selain itu, program ini mendorong murid menerokai aktiviti alternatif yang lebih positif dan selaras dengan tahap perkembangan mereka.