
*Ringkasan
31 Mac 2016 (Khamis)
Pihak SK. Bertam dan Pra Sekolah telah mengadakan Majlis Gotong-Royong membersihkan kawasan sekolah bersama Ibu Bapa. Majlis ini bertujuan untuk memastikan persekitaran kawasan sekolah dapat memberikan kesihatan dan keselesaan kepada para pelajar untuk menuntut ilmu. Dengan keadaan cuaca yang amat panas dan kemarau, para guru mengajak ibu bapa untuk sama-sama turun padang dalam membersihkan kawasan sekolah termasuklah Pra Sekolah. Majlis ini mendapat kerjasama dari ibu bapa dan juga kakitangan Sk. Bertam yang mana bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan sekolah. Selain itu, mereka juga turut berkongsi idea untuk bersama-sama menghias dan menceriakan kawasan sekolah agar membantu anak-anak mereka lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.
