Majlis Iftor (Berbuka Puasa) bersama KIAS

Maklumat Setempat | 7 July 2015

 

*Ringkasan

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),Nilam Puri, Kota Bharu,Kelantan telah mengadakan majlis Iftor bersama masyarakat Kg.Bertam Baru yang di adakan di kawasan yang di tenggelami banjir hujung tahun 2014. Objektif utama Mahasiswa KIAS adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa KIAS dengan masyarakat setempat dan mendekati masyarakat dengan lebih dekat untuk bersama-sama membantu penduduk yang masih tinggal di dalam khemah untuk menyamabut Hari Raya Aidilfitri kerana kehilangan tempat tinggal akibat banjir. Selain majlis berbuka puasa, terdapat beberapa aktiviti yang telah diadakan seperti acara sukaneka kanak-kanak dan ibu bapa,pertandingan mewarna dan tulisan khat.