

* Ringkasan
04 Oktober 2015 (Ahad)
Majlis Perasmian Program Pasca Banjir telah berlangsung di kediaman En. Zaki di Kg Bertam Baru. En. Zaki telah menerima bantuan membaik pulih kediaman beliau yang telah musnah sepenuhnya akibat kejadian banjir pada penghujung 2014 oleh pihak Kolej Vakasional Tanah Merah (KVTM), Kelantan . Program ini adalah salah satu aktiviti kolej tersebut membantu mangsa banjir yang mana anak En, Zaki adalah salah seorang pelajar KVTM. Program ini adalah sangat bermakna buat En. Zaki sekeluarga yang mana beliau terpaksa bermalam dan meneruskan kehidupan mereka dengan berlindung di dalam lori miliknya. Meneruskan kehidupan di dalam lori dengan bilangan keluarga seramai 15 orang ahli adalah sesuatu yang amat sukar. Atas keprihatinan pihak KVTM dan pihak-pihak yang terlibat telah dapat membantu keluarga En. Zaki meneruskan kehidupan seperti biasa. Program ini telah di rasmikan oleh YBrs. Hjh. Zalihar bt Abd Ghani, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Tanah Merah, Kelantan. Majlis ini juga di meriahkan lagi dengan kehadiran penduduk kampung bagi memberikan sambutan kepada Majlis tersebut termasuklah Penggawa Daerah Bertam, Ketua Kampung dan AJK JKKK Bertam. Di akhir majlis tersebut, Pengarah KVTM turut menyerahkan banner kepada Penggawa Bertam untuk rujukan komuniti yang mana berminat menyambung pelajaran ke Kolej Vokasional.
