
*Ringkasan
05 Mei 2016 (Khamis)
Mesyuarat Agong kali ke2 Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah diadakan di PDK Kg. Bertam Baru, Kompleks Penggawa Daerah Bertam. Mesyuarat ini juga disertakan dengan penyerahan elaun kepada Pelatih PDK dan juga sumbangan kepada 3 orang pelatih PDK yang telah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik OKU Peringkat Daerah. Ketiga-tiga pelatih tersebut telah memenangi pingat emas dan sekaligus telah menjadi juara keseluruhan peringkat Daerah Gua Musang kerana telah merangkul 7 daripada 12 pingat emas yang di menangi oleh PDK Jajahan Gua Musang. Mereka bertiga juga telah terpilih untuk mewakili Negeri Kelantan ke Peringkat Negeri dalam Sukan Olimpik OKU. Tahniah dan syabas diucapakn kepada mereka dari Pusat Internet 1Malaysia Bertam.
