mcmc
Maklumat Setempat

Mesyuarat Agung PIBG & Kecemerlangan Pelajar SMKTB

 

*Ringkasan

12 April 2016 (Selasa)

Mesyuarat Agung PIBG & Kecemerlangan Pelajar telah berlangsung  di Sek.Men.Keb.Tengku Bendahara, Jerek pada jam 3.00 petang. Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka SMKTB itu telah di rasmikan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah yang diiringi ole ADUN Nenggiri Yang Berhormat Mat Yusoff bin Abdul Ghani. Mesyuarat PIBG kali ini menekankan isu keselamatan motosikal para pelajar yang mana kes kecuriaan para pelajar telah berlaku sebelum ini. Para Ibu Bapa memohon agar pihak sekolah menyediakan sebuah pondok keselamatan di dalam pagar kawasan tempat letak motosikal pelajar tersebut. Majlis yang berakhir pada jam 6.00 petang ini di serikana dengan persembahan “Choral Speaking” oleh pelajar SMKTB, majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan SPM dan PT3 dan juga majlis cabutan bertuah kepada ibu bapa yang hadir.