mcmc
Maklumat Setempat

Muafakat Membawa Berkat

 

 

 

 

*Ringkasan

Program membawa atau memindahkan wakaf (pondok) dari Kampung Bertam Baru ke Kampung Bertam Lama melalui jambatan kereta api untuk di letakkan di Tanah Perkuburan Islam Bertam. Program ini berlaku di dalam Bulan Ramadhan dan mendapat bantuan daripada golongan dewasa lelaki Kampung Bertam Baru secara sukarela. Wakaf ini telah di sumbangkan oleh Hamba Allah yang tidak mahu di kenali untuk menggantikan wakaf tanah perkuburan yang lama yang mana telah hanyut di bawa arus sungai pada hujung tahun 2014 akibat banjir. Kebanyakan mereka yang terlibat adalah daripada golongan yang sudah mahir dengan keadaan jambatan kereta api melalui pengalaman membawa jenazah ke tanah perkuburan untuk di kebumikan sebelum jambatan laluan motosikal di bina di sebelah jambatan kereta api.