mcmc
Maklumat Setempat

Muafakat Menyiapkan Kemudahan Masjid Mukim Bertam

 

*Ringkasan

22 April 2016 (Jumaat)

Komuniti Kg. Bertam Baru telah bermuafakat bersama-sama berganding bahu dan meringankan tulang dalam menyiapkan kemudahan baru yang akan di bina di masjid tersebut.  Masa yang terluang di hari minggu di manfaatkan sepenuhnya oleh golongan yang bekerja untuk sama-sama bergotong-royong membantu kontraktor yang telah di tugaskan dalam menyiapkan projek tersebut. Semoga projek menaik taraf Masjid Mukim Bertam ini dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada komuniti setempat untuk beribadah dan melakukan aktiviti keagamaan.