mcmc
Maklumat Setempat

PBS Bertam Terima Bot Sebagai Persiapan Banjir

 

*Ringkasan

 15 Disember 2015 (Selasa)

Sebagai persiapan dalam menghadapi musim tengkujuh, Pasukan Sukarela Bomba (PBS) Bertam Baru telah menerima 2 buah bot gentian kaca daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di perkarangan Balai PBS Bertam Baru. Majlis penyerahan bot ini juga di sempurnakan dengan kehadiran En. Anuar Abas, Ketua Penyelamat Bomba Gua Musang dan sidang media Sinar Harian. Dengan bilangan anggota seramai 41 orang, aktiviti menyelamat menggunakan bot yang di sediakan oleh Jabatan Bomba dapat membantu penduduk jika berlakunya sebarang masalah terutamanya pada musim banjir. 2 buah bot yang di berikan kepada PBS Bertam adalah sangat bermakna kerana jarak antara Kg. Bertam Baru dengan Gua Musang adalah sangat jauh dan jika berlakunya sesuata masalah ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan bantuan.

(Sumber: Akhbar Sinar Harian.Khamis.17 Disember 2105)