PPDK Bertam Baru ditubuhkan pada tahun 2009. Lokasi PDK Bertam Baru terletak di dalam kawasan Kompleks Penggawa Daerah Bertam berdekatan dengan NADI Bertam. Pelatih PDK Bertam Baru adalah seramai 21 orang yang terdiri daripada penduduk di Kg. Bertam Baru, Kg. Jerek, Kg. Limau Kasturi, Kg. Batu 11 dan Kg. Batu 12. Pelatih di PPDK Bertam Baru di sediakan dengan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik kerana faktor jarak tempat tinggal sesetengah daripada mereka agak jauh dan ada di antara mereka tidak berupaya untuk bergerak dengan sempurna (OKU). Seperti PPDK di tempat lain, PPDK ini juga di lengkapi dengan peralatan untuk beriadah seperti papan gelongsor. Dengan kemudahan yang di sediakan seperti tandas dan bilik air, mereka akan di ajar cara-cara untuk membersihkan diri dengan sempurna seperti mana yang terdapat dalam modul pembelajaran mereka. PPDK Bertam Baru di selia oleh Pn. Norhasayu Binti Hashim sebagai Penyelia dan di bantu oleh 2 orang Guru PPDK iaitu Pn. Pn. Siti Rahmah Binti Hussin dan En. Muhammad Syahri Muninulazlan Bin Abdul Rani.
