SKB menyambut Hari Sukan Negara 2015

*Ringkasan
10 Okt 2015 (Sabtu)
Hari Sukan Negara yang di sambut di seluruh Malaysia turut mendapat sambutan dari Guru-guru dan Para Pelajar Sek.Keb.Bertam. SKB telah menyambut Hari Sukan Negara selama 4 hari berturut-turut bermula 10.10.15-13.10.15 dengan pelbagai acara. Merentas Desa adalah acara permulaan untuk sambutan Hari Sukan Negara dan diikuti dengan Pertandingan acara sukaneka mengikut Rumah Sukan (BIRU,HIJAU,MERAH,KUNING) pada hari-hari yang berikutnya dan di akhiri dengan acara kemuncak perarakan rumah sukan dan penerimaan hadiah kepada para pemenang. Acara sukan di SKB juga di selitkan dengan Sukaneka untuk para ibu bapa dan AJK PIBG melalui acara pertandingan Larian dalam guni, Belon Berisi Air, Mengisi Air di dalam botol dan pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh pihak KOSPEN Bertam yang sememangnya mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.